PROGRAM SAHABAT KOHALAL
Kami ingin memperlawa Usahawan Muslim yang baru hendak meceburi bidang perniagaan produk halal keluaran Muslim untuk menjadi ahli SAHABAT KOHALAL
Tujuan:
1) Memperbanyakkan rangkaian pasaran khas untuk produk halal yang dihasilkan oleh orang Islam.
2) Memudahkan orang ramai mendapatkan produk yang 100% dijamin halal.
3)Membantu meramaikan Umat Islam dalam perniagaan kedai runcit.
4)Mampu manawarkan harga yang baik serta qualiti barangan yang diyakini halal.
Kaedah dan Konsep
1) Tiada yuran atau pembayaran atau royalti dikenakan untuk pemilik kedai yang berminat menggunakan jenama KOHALAL ini.
2) Produk dibekalkan sepenuhnya oleh KOHALAL
3) Jaminan kualiti dan halal dijamin oleh KOHALAL
4) Setiap transaksi adalah tunai.
Faedah
1) Pihak KOHALAL akan memberi izin kepada sesiapa sahaja menggunakan jenama dan logo KOHALAL pada papan tanda kedai ( Signboard). Sila rujuk stesyen minyak PETRONAS.
2) Pihak KOHALAL akan menjadi pembekal tunggal barangan dalam kedai tersebut, bermaksud 100% barangan di kedai tersebut dibekalkan oleh KOHALAL.
3) Pihak KOHALAL akan membantu mempromosi kedai tersebut sehingga mampu membuat jualan sehingga RM 100,000.00 ( Ringgit Malaysia Seratus Ribu sebulan).
4) Promosi dalam media massa ( surat khabar, radio, TV, billboard) dan internet akan dilakukan oleh KOHALAL secara berperingkat.
5) Kursus dan latihan yang bersesuaian untuk meningkatkan jualan dan mutu perkhidmatan akan dianjurkan oleh KOHALAL.
6) Jika KOHALAL mendapat tender membekal barangan halal pada mana-mana institusi kerajan dan swasta, pihak KOHALAL akan mempelawa AHLI SAHABAT yang berminat untuk bersama-sama menjadi pembekal.
7) Bantuan menambah modal perniagaan.
Syarat-syarat:
1) Mesti warganegara Malaysia yg berumur 20 tahun ke atas.
2)Berugama Islam
3)Mempunyai modal niaga awal sekitar RM 20,000.00 - RM 50,000.00
4) Mempunyai ruang niaga yang strategik
5) Sanggup menjual produk-produk yang dibekalkan oleh KOHALAL sahaja.
6) Sanggup menjadi pemegang amanah kepada seluruh pelabur KOHALAL.

