Kepentingan Beriklan Bersama KOHALAL.COM

Pelajar Pondok Bagus

Assallammalaikum W.B.T., Saudara dan saudari yang dihormati, WWW.KOHALAL.COM sedang membangunkan sebuah laman web yang hanya mengumpul produk-produk halal yang dihasilkan oleh orang-orang Islam sahaja. Ini bertujuan untuk menjamin kesucian dan kehalalan setiap produk. Suatu hari nanti kami percaya www.kohalal.com akan menjadi sebuah laman web yang mempunyai koleksi produk halal yang terbesar di dunia.

 

Dengan itu kami dengan rasa penuh hormat dan kasih sayang menjemput saudara/saudari untuk mengiklankan sebarang produk/ servis/ barang antik / hasil tanaman/ koleksi buku / koleksi setem /terbitan / cd dan lain-lain lagi.

 Saudara dan saudari, beriklanlah dengan kami, kami amat menghargai iklan-iklan tersebut. Hasil-hasil iklan yang kami perolehi itu  akan kami gunakan untuk memperbesarkan lagi maklumat yang telah ada. Anggaplah ini sebagai sumbangan kita pada masyarakat. Percayalah, usaha ini akan dapat menyelamatkan ramai orang Islam. Ramai orang Islam mudah mendapat maklumat dan bekalan produk halal. Bersamalah kita berdoa agar usaha ini dipandang oleh Allah S.W.T.

 

Kami  membuka ruang ini untuk sesiapa sahaja mengiklankan institusi-institusi pengajian Islam, pondok, rumah -rumah anak yatim dan kebajikan secara percuma.

Kami juga mempelawa kepada semua kaum dan setiap lapisan masyarakat yang ingin memohon derma dan bantuan dari orang ramai supaya mengiklankan keperluan saudara/ saudari bersama-sama www.kohalal.com ,. Tiada caj dikenakan untuk tujuan tersebut.  Terima kasih.