CAWANGAN KOHALAL
Assalamualaikum..
Selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat serta ahli keluarga baginda...
saya ingin memberi pendapat dan cadangan kepada pihak kohalal mengenai portal perniagaan ini. Sebagaimana yang kita lihat pada masa kini di Malaysia, agak sukar bagi umat Islam menguasai ekonomi. Bagi saya, jika kita umat Islam bersatu atas nama Islam yang suci, insyaAllah ianya pasti berjaya menakluki ekonomi di negara sendiri.
Pendapat:
Apa yang saya dapat perhatikan, Kohalal adalah pusat penjualan produk-produk umat Islam yang berpusat di negeri Perak sahaja. Sebagaimana juga di tempat saya dahulu adanya MAPEB (Majlis Perundingan Ekonomi Baling) tetapi ianya tidaklah segah pasaraya Giant atau Jusco.
Setelah saya melihat produk-produk yang tersenarai di portal ini dan vendor-vendor yang kebanyakannya adalah pengeluar barangan asas atau barangan keperluan harian. Bagi saya ini adalah satu peluang yang tidak semestinya patut dilepaskan oleh KOHALAL untuk memasarkan produk-produk ini di Malaysia khususnya.
Selain itu, produk-produk asas yang saya lihat disini adalah produk yang bermutu dan setanding dengan produk-produk bukan Islam di pasaran.
Cadangan:
Dengan kebolehan dan kemampuan KOHALAL mendapatkan bekalan barangan-barangan asas keluaran muslim, saya mencadangkan supaya memperbanyakkan lagi cawangan-cawangan kedai KOHALAL diseluruh Malaysia. Hal ini kerana, dengan banyaknya outlet atau cawangan maka ianya akan memberikan kebolehcapaian (access) kepada produk oleh pungguna-pengguna Islam di Malaysia.
Menjadikan kedai-kedai milik orang Islam sebagai jaringan pemasaran di seluruh Malaysia selain daripada cawangan. Sebagai contoh, memasarkan produk-produk kepada kedai-kedai di kampung-kampung bagi membolehkan penduduk pedalaman memperoleh barangan dengan mudah.
Mengiklankan produk-produk muslim seperti produk pelembut fabrik dan lain-lain di media cetak dan elektronik. Pengiklanan adalah pelengkap kepada strategi pemasaran kerana dengan cara ini kita memberitahu kepada orang ramai bahawa kita mempunyai barangan yang 100% halal dan keluaran muslim. Negeri Perak sekarang mempunyai seorang pemimpin yang disegani, mungkin pihak KOHALAL boleh membincangkannya dengan kerajaan negeri untuk mengetengahkan perniagaan KOHALAL demi kepentingan umat Islam di Malaysia.
Mohon Maaf jika ada terkasar bahasa atau ada perkataan yang menyinggung. Umat Islam Melayu mesti berusaha menguasai ekonomi di Malaysia untuk umat Islam sendiri
terima kasih
